Assalamualaikum....
Nampak gayanya posting saya di blog ni makin lama makin kurang dah.... hehe... selalu x sempat! kebetulan hari ni ada masa sket... curik waktu "keje"..hehe.... jgn mare yek!
Sebut pasal keje ni, rasa2nya saya nak berkongsi sedikit sebanyak tentang kerjaya saya buat pembaca2 blog ni... biasanya kalau disebut je "Pharmacist" mesti orang semua akan terbayangkan kaunter Farmasi di klinik @ hospital... xpun kedai Farmasi... tu je... kadang2 masyarakat x berapa faham akan kerjaya Pharmacist ni sbb kalau kat hospital @ klinik tu diorang nampak doktor dan nurse je... kalau kedai Farmasi plak... kadang2 diorang xleh bezakan antara Pharmacist tu dengan jurujual kat kedai... sbb kadang2 jurujual nipun tolong jual ubat2 blakang kaunter gak walaupun pharmacict tu xde kat kedai!
Tapi, kerja saya buat masa ni bukanlah di klinik @ hospital...saya sekarang ni kerja di Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) @ lebih dikenali sebagai Drug Enforcement Officer.... nak tau mcmana keje saya? Sebenarnya dalam tugas saya, kami lebih kepada penguatkuasaan undang-undang berkaitan ubat-ubatan... terutamanya untuk kegunaan manusia.... x termasukla ubat gegat ke, ubat nyamuk ke.... yang tu unit lain coverla...
Dalam CPF ni ada banyak unit... pemeriksaan, pelesenan, risikan, operasi, serbuan, siasatan, pendakwaan, perlindungan pengguna dan pintu masuk. Walaupun kami diberikan satu portfolio, namun sebenarnya kami akan diberikan semua tugas2 lain tu... contohnya, saya memegang portfolio siasatan, tetapi saya juga turut diberikan semua tugas2 lain seperti pemeriksaan, serbuan, pendakwaan dan lain-lain. Kerja di CPF ni semuanya kena siap sedia...terutamanya kalau ada operasi serbuan..memang masa nak pergi serbuan tu baru kita akan tahu tempat dan tujuan serbuan tu...semua tu nak mengelakkan maklumat risikan daripada "bocor" pada pihak2 x sepatutnya yang boleh menggagalkan serbuan tersebut.
Jadi, pendek kata kami ni kira mcm polisla... tapi tumpuan utama kami ni pada ubat-ubatan... Macam pemeriksaan tu, ada pulak kategori lesen pemborong PBKD, Lesen A (Farmasi), Lesen B, Permit NaOH, klinik perubatan dan pergigian swasta... Untuk tahun ni, saya diberikan lebih kurang 25 premis utk diperiksa dan perlu siapkan pemeriksaan ni sebelum bulan 10! huhu... setakat ni baru pegi 4 premis... banyak lagi nak kejar ni... harap2 dapat settlekan cepat2! maklumla, nak g satu2 premis tu bukan senang...dengan sesatnyalah..sampai2 plak xde parking... kenala pusing 2-3x baru dapat parking... puas gakla... kadang2 sekali kuar tu paling banyak boleh g 3 tempat je...
Untuk kes2 siasatan plak, kami slalunya akan siasat sesuatu kes yang telah diserbu tu dan dapatkan maklumat2 berkaitan dengan kes. Kalau maklumat lengkap, kami akan teruskan untuk pendakwaan di mahkamah. Kami sendiri akan bawa kes kami ke mahkamah sebagai pegawai pendakwa dengan nasihat daripada timbalan pendakwa raya. Kalau g mahkamah ni memang xleh tido malamla... dok pikir mcm2... pasal majistret ni kita xleh nak teka macmana penerimaan dia... kalau dapat majistret yang baik dan best mmg seronok... rasa nak g sebut je kes kat tempat tu sllau...tapi ada gak yang x best... abis di"bambu"nya kita!! nasibla.....
okla... dah panjang sangat...
kalau nak citer semua patahla jari ni nak menekan keyboard ni...
tapi yang pentingnya saya seronok dgn keje saya sekarang
seronok sbb keje dekat dengan rumah.. xpayah pening2 nak drive...
pastu kawan2 kat sinipun best...memahami....
tapi kdg2 ada masa rasa mcm nak pindah balik...
tapi xtau bila.... sbb banyak urusan belum selesai lagi kat sini...
hehe...
utk suami saya... sabar ye bang! adala masa kita pindah balik nanti! hehe

No comments:
Post a Comment