Thursday, July 09, 2009

Perginya insan yg dikasihi....

Assalamualaikum semua....

Lama x meng up-date blog ni... rasa2nya dah bersawang2 ni! biasala.... busy manjang...

Hari Ahad lepas, tanggal 5/7/2009 kira2 jam 8.00 pagi saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada suami..... dia cakap "Tok dah xde!".... menggeletar seluruh badan bila dengar berita tersebut... memang Tok tengah sakit... sejak Tok kena stroke kira2 tiga bulan lepas memang Tok dah terbaring di katil...tapi memang x sangka saat2 kepergian dia kami tiada bersama.... Kebetulan pulak masa terima call tu saya berada di Wisma Persekutuan Negeri Kelantan.... ada perhimpunan pagi... dan nasib baik perhimpunan pagi tu dibatalkan.... bergegasla saya balik ke pajabat... sementara dalam perjalanan ke pejabat yg memakan masa lebih kurg 20 minit tu saya nterima lagi satu panggilan daripada abg saya di Bangi...walaupun dia berlagak tenang, tapi suara sayunya tetap dapat saya kesan.... menitis lagi air mata di pipi..... sedih sangat2....

Sampai2 di pejabat, saya terus mengambil suami di pejabatnya setelah meninggalkan pesan kepada bos teantang cuti kecemasan yang akan diambil x tau berapa hari lagi ni. Kami kemudiannya terus ke airport Kota Bharu dengan harapan untuk mendapatkan tiket tercepat supaya sempat sampai di Johor Bharu pada masanya. Malang betul nasib kami... semua kaunter tiket telah habis dijual.... terjelepok sekali lagi saya di hadapan kaunter tiket tersebut.... berat sungguh ujian kali ni..... tapi memang nak balik sangat..harapan untuk menziarahi Tok buat kali terakhir tinggi menggunung... disebabkan tiada pilihan, kami bertekad untuk menaiki kereta sahaja.

Setelah berkemas ala kadar, kami bergerak dari rumah ke Johor Bharu berkonvoi bersama2 bapa saudara yg menetap di Kota Bharu. Sepanjang perjalanan cuaca mendung dan sesekali hujan renyai2 turun. Sesampainya di kawasan Mersing, hujan mula turun dengan lebatnya dan kereta terpaksa dipandu perlahan. Disebabkan itu, jenazah Tok terpaksa dikebumikan tanpa kehadiran kami memandangkan hari sudah menginjak petang dan selesai dikebumikan lebih kurang sebelum maghrib.

Kami tiba di rumah Tok kira2 jam 9.30 malam. Saya bergegas mencari mak dan sejurus selepas berjumpa mak, mak terus memeluk saya dengan erat. Selepas makan malam, kami semua pulang ke hotel untuk berehat disebabkan rumah Tok x muat dengan anak cucu yg ramai. Barulah terasa penat 12 jam duduk dalam kereta bila berada dalam bilik hotel. Keesokan harinya mak dan abah membawa kami tanah perkuburan tempat Tok disemadikan. Sempat kami menyedekahkan Yasin dan doa untuk kesejahteraan Tok. Alhamdulillah, Tok disemadikan bersebelahan dengan kubur arwah suaminya. Saya terpaksa redha dengan ketentuan takdir ini. Walaupun x dapat melihat Tok pada saat terakhirnya,namun saya berasa puas kerana dapat melihat tempat Tok disemadikan. Inilah ujian dan cabaran yg perlu dihadapi oleh kami yang tinggal berjauhan dengan keluarga. Moga roh Tok dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam golongan orang2 beriman! Al-fatihah...

No comments: