Salam buat semua.....
Hampir sebulan setengah saya x memasukkan sebarang entry dalam blog saya ni..... maklumla kesibukan kerja membuatkan saya x berkesempatan langsung untuk memikirkan kata-kata dan ayat2 indah untuk dicoretkan dalm blog ni (walaupun sblm2 ni x indah manapun!)..... hehehe..... tapi walau macamanapun harini saya telah mencurik sedikit masa untuk tulis jugak sedikit sebyk aktiviti yg saya lalui dalam tempoh sebulan lebih ni..... jeng..jeng...jeng...... 5S!!!!
Bagi mana2 kawan2 yg bekerja dalam sesebuah organisasi mestilah dah biasa dengan perkataan 5S ni kan....yela...sejarah asalnya dari Jepun yang banyak membantu memudahkan kerja2 mereka di sana... dan telah banyak syarikat2 di Malaysia ni yang ambik pendekatan yang sama untuk memudahkan kerja2 seharian mereka.... dan "bahang 5S" (panas...panas....) nipun akhirnya sampailaaa ke tempat kerja saya.... kalau tahun lepas kami semua dikerah tenaga untuk mendapatkan persijilan ISO...maka tahun ni plak Pengarah telah tetapkan untuk dapatkan persijilan 5S plakkkk..... dan yang lebih syahdu lagi..... adeke patut dia masukkan dalam Sasaran Kerja Tahunan dia untuk dapatkan persijilan ni bg tahun ni!!!!!! Uish.... memang masakkkkk kami......
Dan alkisahnya jugak.... pejabat kami telah dutetapkan dengan nama ZON ORKID! Dan turut dibahagikan dengan beberapa subzon lain yang turut mengambil nama2 bunga orkid..... seperti pejabat Enforcement (Zon Disa)..... pejabat Amalan ( Zon x ingtlaa....), luar pejabat (Zon Brassavola), ruang makan (Zon Cattleya), bilik mesyuarat (Zon x ingat gak!) dan akhirnya bilik eksibit (Zon Bletia).......
Saya pada asalnya dilantik sbg ketua Subzon Bletia..... tapi disebabkan dalam proses permohonan untuk berpindah ni, akhirnya tempat saya digantikan oleh seorang pegawai lain... alhamdulillah...terasa beban yang tertanggung di bahu ni agak berkurangan! bukan x nak buat, tapi rasanya untuk menjadi penggerak utama x mampu saya pikul dengan sebaiknya.... Untuk memulakan proses pertama 5S memang terasa amat kritikal..... proses menyisih di bilik eksibit memerlukan masa yg lama x seperti di tampat2 lain... barang2 di bilik ini untuk disisih perlu dilupuskan...ubat2an rampasan ni slalunya kami akan tuangkan dalam drum dan apabila penuh drum tersebut akan dihantar ke kualiti alam untuk dilupuskan. Kalau nak buat seorg diri alamatnya menangislaaa kat situ sorg2....... mmg x mampu... dengan baunya yang melekat di pakaian.....busuk sngt2! (balik umah je husband bising2!.... hehehe) mmg x tahanlaaaa.... tapi nak x nak kami kena buat jugak....
Akhirnya nak x nak saya terpaksa tekadkan hati gak... mmg buat kerahan tenaga dekat 2 minggu jugakla.... tiap2 hari mesti masuk gak ke bilik eksibit tu buat pelupusan... nk berjanji dengan pegawai2 penyiasat yg nk melupuskan brg2pun satu hal... mcm2 alasan diorg... bzla... byk keje lain, meeting dll... siap ada pegawai yg lgsg x turun tgk... mana2 brg yg tulis "LEBIH" je saya buang je....nasiblaaa.... hehehe... sampai hari cutipun dtg ofis gak...gara2 5S!!!!
alamak....dah pukul 9 dah.... nanti saya sambung lagi ek...
ada mesyuarat nih!
Wassalam....

No comments:
Post a Comment