Wednesday, January 23, 2013

Azam Tahun Baru 2013

Setiap kali masuk tahun baru pasti semua orang akan meletakkan azam tahun baru di x kirala sama ada kat wall masing - masing ataupun mana2 dinding yang boleh diletak...

Azam saya? Nak update blog! Boleh ke gitu? 

Huhu... kalau boleh nak share dengan semua orang tentang kehidupan harian... tapi sentiasa x berkesempatan... Bila ada masa pulak idea pulak hilang entah ke mana... semua tu alasan je kan? Bak kata orang dulu2 di mana ada kemahuan di situ ada jalan! So ni langkah pertama sayala ek.... Nak lawan husband yang rajinn sangat tulis blog kat kuahkari.com tu....jangan marah ek...

Lama x update diri... dah ada baby dah sekarang.. Namanya Nurul 'Ain... Alhamdulillah.. si kecikpun dah masuk 10 bulan harini... Kat bawah ni ada gambar si comel saya yang tengah nakal.... sebelah dia tu Kakak Mayah @ sepupu sama2 geng bergaduh dengan 'Ain. Semoga buah hati mama membesar dengan sihat menjadi anak solehah hendaknya... Ameen... 


Monday, May 28, 2012

New Life..

Assalamualaikum..
Sedar x sedar dah sedar setahun berlalu
Lebih setahun blog ni x bertulis
agaknya boleh tumbuh hutan belantara
Maaf semua
X berkesempatan mengup date diri

Alhamdulillah
Segala puji hanya pada Allah
Mengurniakan rezeki buat kami
Setelah 5 tahun berlalu dalam sepi
Lahirnya zuriat buat penyeri

Wan Nurul 'Ain Hasanah nama diberi
Dua bulan sudah umurnya kini
Buah hati mama dan babahnya
Syukur Ya Allah

Nanti saya uploadkan gambarnya...
Tunggu................

Sunday, February 13, 2011

Sunyi...

Sepanjang rumahtangga yang bakal memasuki tahun ke-5 penghujung tahun ini memberikan banyak keselesaan & kegembiraan dalam hidupku. Alhamdulillah kerana dikurniakan suami yang amat penyayang & memahami diri ini. Juga syukur dengan leteran2 yang saban hari menyinggahi halwa telingaku serta meresapi jiwa & seterusnya membetulkan segala kepincanganku dalam menjalani kehidupan seharian.

Sepanjang tempoh ini juga kami sentiasa bersama. Walaupun pernah dia berkursus di utara tanah air dalam jangkamasa yang agak lama, namun setiap minggu pasti dapat bersua muka.

Tuntutan kerja yang tidak dapat tidak perlu juga dipenuhi kadangkala merusuh jiwaku. Ini pertama kali suamiku perlu menjalani urusan kerja di negara jiran. Perancangan awalnya hanya selama 4malam menyelesaikan kerja2 di sana namun semalam aku diberitakan bahawa suamiku hanya akan pulang pada hari Khamis minggu depan. Lebih kurang 9 hari secara keseluruhannya memandangkan ada kerja2 tertunggak yang memerlukan pemerhatiannya.

Agak sedih aku mendengar berita tersebut. Memandangkan kami sama-sama sibuk dengan urusan kerja masing-masing sejak kebelakangan ini sebenarnya kami telahpun sama2 mengambil cuti pada hari Isnin ini yang bersambung dengan cuti Maulidurrasul pada hari Selasa. Perancangan asalnya ingin merehatkan diri di sebuah pusat peranginan di selatan tanah air akhirnya terpaksa kubatalkan serta merta memandangkan masa tidak mengizinkan kami.

Cuti hujung minggu juga terpaksa kuhabiskan dengan menonton tv & tidur sahaja. Biasanya pagi2 lagi kami berdua pasti akan beriadah & bersenam bersama2 & akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama2....

Walaupun sunyi & sepi, aku redha dengan segala2nya. Aku berharap suamiku sentiasa sihat & sejahtera serta dapat pulang pada masanya. InsyaAllah...

Sekian nukilan untuk kali ini...

Sunday, January 16, 2011

SALAM SEMUA!!!

Salam semua....

Huhu.... nampak gayanya blog ni bukan je bersarang....agak2 kalau ada sarang burung, besar dah kot anak2 burung2 tu ek..... heheheh.... nak buat mcmana kan.....

Banyak perubahan dah berlaku sebenarnya..... tapi yang pastinya tetap individu yg sama.... cuma telahpun berubah angin & sekali lagi berhijrah ke tempat asal.... Bandar Baru Bangi tercintaaaa!

Alhamdulillah sbnrnya hampir sethn dah kami berpindah ke sini.... kerja di lokasi berbeza berbanding semasa berada di kelantan dahulu.... kalau dulu banyak kerja2 luar tapi kini lokasi kerja berlatar belakangkan Hospital Serdang yang sentiasa penuh sesak dengan pesakit2 yang mendambakan rawatan2 para doktor yang berkaliber.... serta mendapatkan ubat -ubatan yang bersesuaian dengan penyakit dihidapi mereka. Tak dinafikan agak kepenatan melayan kerenah para pesakit namun hati tetap berasa puas setiap kali penerangan yang diberikan kepada mereka dapat difahami sebaik mungkin.... Belum lagi ditambah dengan kerja2 malam & hujung minggu yang menghimpit kehidupan seharian.... Pokok pangkalnya bila kita ikhlas bekerja InsyaAllah kita akan dapat kepuasan dalam kerja seharian....

Panjang pulak celoteh kali ni ye.... Harap2 sangat dapat selalu update blog ni.....

Ok sampai sini dulu

Wassalam.....