Tuesday, June 23, 2009

Tahniah!!!



Assalamualaikum....

Baru-baru ni saya pergi kursus di Port Dickson, Negeri Sembilan. Mula2 cadangnya x nak balik ke Bangi sebab masa singkat.. kursus tu 17-19/6/2009...so cuti hujung minggu tinggal sehari jela kan.. maklumla hari Ahad kami kerja... nak dijadikan cerita 18/6/2009 dapat call daripada mak yang Along saya baru saja selamat melahirkan anak ke-2nya... Alhamdulillah.... di hati ni melonjak2la nak balik tengok baby baru...tapi yela... kursus ada sehari lagi...

Sayapun dgn bersemangatnya menukar tiket penerbangan daripada petang Jumaat kepada petang Sabtu setelah berbincang dengan suami. Alhamdulillah, dapatla jenguk Along n babynya di Hospital Ampang Puteri.

Gambar kat atas tu adalah gambar baby yang masih belum diberi nama oleh mak abahnya... hehe... kami ni tunggu jela dia nak bagi nama kan.... yang gambar sebelah tu gambar si kakaknya... saya dok melayan si kakak kat rumah yang terpaksa tinggal kat rumah sbb mama n abahnya kat hospital...sian gak kat dia sebab dia manja dengan mamanya...tapi saya percaya dia boleh terima keadaan sikit2 nanti...

Kepada Along , abg Safri n Sakinah tahniah di atas kehadiran ahli baru dalam keluarga...
buat Tok Ki n Tok Wan pulak.... tahniah dapat cucu ke -7..alhamdulillah... semoga x pening melayan kerenah cucu2 sekalian! maklumla 6 lelaki, 1 perempuan... tambah Pak Cunya... x lama bolehla buat team bola!