Saturday, July 18, 2009

Business....oh business....

Salam semua pembaca blog yang dikasihi.....

Sebenarnya dah hampir 2 bulan saya dan suami menjalankan business kecil-kecilan..... alhamdulillah... macam2 perkara yang dapat kami pelajari dalam proses memulakan business ni....
banyak memerlukan kesabaran dan perhatian.... maklumla, kami mulakan business dengan "zero experience"... mula2 nak mulakan tu takut jugak nak invest banyak2..takut plak xde org nak membeli..tapi alhamdulillah....kalau kita buat sesuatu dengan niat ikhlas lillahi ta'ala.... insyaAllah, pasti Allah akan bantu kita...

oh, lupa plak nak bgtau...bisnes apa ek? hehe... sebenarnya kami mulakan perniagaan dengan aktiviti trading... macam jadi orang tengahla.... maklumla negeri Kelantan ni kan macam2 adaaa... yang penting kita bijak memilih mana2 yang berkualiti.... tu yang paling penting...

oklaa...kalau ikutkan hati nak tulis panjang lagi.... tapi dah lewat sgt2 ni...esok pagi2 nak travel balik ke Bangi...seminggu kat sana...alhamdulillah..balik nipun keta dah penuh dgn mcm2 order pelanggan..sampai x muat sebenarnya....

nanti ada masa saya sambung lagi k.....

wassalam

NEW LOOK!

Assalamualaikum semua......

ALhamdulillah...akhirnya nampak jugak perubahan pada blog saya..... hehe... trima kasih pada suami tercinta kerana bersusah payah menukarkan template background utk blog ni..... comel sgt rasanya blog ni... juga menambahkan hiasan2 yg cute dan menarik....

semoga perubahan ini akan memberikan semangat utk saya terus menulis dan menulis dan menulis lagi.....

Thursday, July 09, 2009

Perginya insan yg dikasihi....

Assalamualaikum semua....

Lama x meng up-date blog ni... rasa2nya dah bersawang2 ni! biasala.... busy manjang...

Hari Ahad lepas, tanggal 5/7/2009 kira2 jam 8.00 pagi saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada suami..... dia cakap "Tok dah xde!".... menggeletar seluruh badan bila dengar berita tersebut... memang Tok tengah sakit... sejak Tok kena stroke kira2 tiga bulan lepas memang Tok dah terbaring di katil...tapi memang x sangka saat2 kepergian dia kami tiada bersama.... Kebetulan pulak masa terima call tu saya berada di Wisma Persekutuan Negeri Kelantan.... ada perhimpunan pagi... dan nasib baik perhimpunan pagi tu dibatalkan.... bergegasla saya balik ke pajabat... sementara dalam perjalanan ke pejabat yg memakan masa lebih kurg 20 minit tu saya nterima lagi satu panggilan daripada abg saya di Bangi...walaupun dia berlagak tenang, tapi suara sayunya tetap dapat saya kesan.... menitis lagi air mata di pipi..... sedih sangat2....

Sampai2 di pejabat, saya terus mengambil suami di pejabatnya setelah meninggalkan pesan kepada bos teantang cuti kecemasan yang akan diambil x tau berapa hari lagi ni. Kami kemudiannya terus ke airport Kota Bharu dengan harapan untuk mendapatkan tiket tercepat supaya sempat sampai di Johor Bharu pada masanya. Malang betul nasib kami... semua kaunter tiket telah habis dijual.... terjelepok sekali lagi saya di hadapan kaunter tiket tersebut.... berat sungguh ujian kali ni..... tapi memang nak balik sangat..harapan untuk menziarahi Tok buat kali terakhir tinggi menggunung... disebabkan tiada pilihan, kami bertekad untuk menaiki kereta sahaja.

Setelah berkemas ala kadar, kami bergerak dari rumah ke Johor Bharu berkonvoi bersama2 bapa saudara yg menetap di Kota Bharu. Sepanjang perjalanan cuaca mendung dan sesekali hujan renyai2 turun. Sesampainya di kawasan Mersing, hujan mula turun dengan lebatnya dan kereta terpaksa dipandu perlahan. Disebabkan itu, jenazah Tok terpaksa dikebumikan tanpa kehadiran kami memandangkan hari sudah menginjak petang dan selesai dikebumikan lebih kurang sebelum maghrib.

Kami tiba di rumah Tok kira2 jam 9.30 malam. Saya bergegas mencari mak dan sejurus selepas berjumpa mak, mak terus memeluk saya dengan erat. Selepas makan malam, kami semua pulang ke hotel untuk berehat disebabkan rumah Tok x muat dengan anak cucu yg ramai. Barulah terasa penat 12 jam duduk dalam kereta bila berada dalam bilik hotel. Keesokan harinya mak dan abah membawa kami tanah perkuburan tempat Tok disemadikan. Sempat kami menyedekahkan Yasin dan doa untuk kesejahteraan Tok. Alhamdulillah, Tok disemadikan bersebelahan dengan kubur arwah suaminya. Saya terpaksa redha dengan ketentuan takdir ini. Walaupun x dapat melihat Tok pada saat terakhirnya,namun saya berasa puas kerana dapat melihat tempat Tok disemadikan. Inilah ujian dan cabaran yg perlu dihadapi oleh kami yang tinggal berjauhan dengan keluarga. Moga roh Tok dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam golongan orang2 beriman! Al-fatihah...