Wednesday, October 07, 2009

Tahniah buat Atan & Salmi....

Assalamualaikum semua....
Entry kali ni nak saya kisahkan tentang kelahiran anak saudara terbaru dalam family suami saya sendiri.... Nama diberi oleh abah dan umminya adalah Wan Nurraudhatussafiyyah bt. Wan Saiful Adli.... Kebetulan lahirnya sama tarikhnya dengan kelahiran suami saya iaitu 3 Oktober dan sama harinya iaitu hari Sabtu... Termenung jugak suami saya seharian mengenangkan betapa x percayanya dia berkongsi tarikh keramat yang sama dengan anak sedaranya.... hehehe...alhamdulillah..nanti next year bolehla potong kek sama2 ek!!!

Hari ni dah 4 hari baby Safiyyah di NICU Hospital Temerloh... masa dia lahir tu ummi dia dah xde tenaga..so, doktor tarik guna vakum.... jadi diletakkan di NICU utk monitoring takut2 ada infection. Umminya plak 1st day bersalin dah discharge dpd hospital.... terpaksala berulang-alik ke Hospital utk menunggu si kecil.... lepas tu plak dia kuningla plak.... knala stay lagi kat sana....

Harap2 2-3 hari lagi Safiyyah boleh keluar hospital dan terus sihat sejahtera hendaknya.... Mak Tam n Pak Tam belum ada plan nak balik sana lagi...... seminggu dua ni kami berdua terlalu busy dengan kerja2 seharian.... maklumla dah akhir2 tahun ni.... tapi kami doakan yang terbaik untuk semua...Amin... buat abah dan ummi Safiyyah..kami ucapkan tahniah di atas kelahiran puteri sulung yang dinanti2.....