Sunday, February 13, 2011

Sunyi...

Sepanjang rumahtangga yang bakal memasuki tahun ke-5 penghujung tahun ini memberikan banyak keselesaan & kegembiraan dalam hidupku. Alhamdulillah kerana dikurniakan suami yang amat penyayang & memahami diri ini. Juga syukur dengan leteran2 yang saban hari menyinggahi halwa telingaku serta meresapi jiwa & seterusnya membetulkan segala kepincanganku dalam menjalani kehidupan seharian.

Sepanjang tempoh ini juga kami sentiasa bersama. Walaupun pernah dia berkursus di utara tanah air dalam jangkamasa yang agak lama, namun setiap minggu pasti dapat bersua muka.

Tuntutan kerja yang tidak dapat tidak perlu juga dipenuhi kadangkala merusuh jiwaku. Ini pertama kali suamiku perlu menjalani urusan kerja di negara jiran. Perancangan awalnya hanya selama 4malam menyelesaikan kerja2 di sana namun semalam aku diberitakan bahawa suamiku hanya akan pulang pada hari Khamis minggu depan. Lebih kurang 9 hari secara keseluruhannya memandangkan ada kerja2 tertunggak yang memerlukan pemerhatiannya.

Agak sedih aku mendengar berita tersebut. Memandangkan kami sama-sama sibuk dengan urusan kerja masing-masing sejak kebelakangan ini sebenarnya kami telahpun sama2 mengambil cuti pada hari Isnin ini yang bersambung dengan cuti Maulidurrasul pada hari Selasa. Perancangan asalnya ingin merehatkan diri di sebuah pusat peranginan di selatan tanah air akhirnya terpaksa kubatalkan serta merta memandangkan masa tidak mengizinkan kami.

Cuti hujung minggu juga terpaksa kuhabiskan dengan menonton tv & tidur sahaja. Biasanya pagi2 lagi kami berdua pasti akan beriadah & bersenam bersama2 & akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama2....

Walaupun sunyi & sepi, aku redha dengan segala2nya. Aku berharap suamiku sentiasa sihat & sejahtera serta dapat pulang pada masanya. InsyaAllah...

Sekian nukilan untuk kali ini...

Sunday, January 16, 2011

SALAM SEMUA!!!

Salam semua....

Huhu.... nampak gayanya blog ni bukan je bersarang....agak2 kalau ada sarang burung, besar dah kot anak2 burung2 tu ek..... heheheh.... nak buat mcmana kan.....

Banyak perubahan dah berlaku sebenarnya..... tapi yang pastinya tetap individu yg sama.... cuma telahpun berubah angin & sekali lagi berhijrah ke tempat asal.... Bandar Baru Bangi tercintaaaa!

Alhamdulillah sbnrnya hampir sethn dah kami berpindah ke sini.... kerja di lokasi berbeza berbanding semasa berada di kelantan dahulu.... kalau dulu banyak kerja2 luar tapi kini lokasi kerja berlatar belakangkan Hospital Serdang yang sentiasa penuh sesak dengan pesakit2 yang mendambakan rawatan2 para doktor yang berkaliber.... serta mendapatkan ubat -ubatan yang bersesuaian dengan penyakit dihidapi mereka. Tak dinafikan agak kepenatan melayan kerenah para pesakit namun hati tetap berasa puas setiap kali penerangan yang diberikan kepada mereka dapat difahami sebaik mungkin.... Belum lagi ditambah dengan kerja2 malam & hujung minggu yang menghimpit kehidupan seharian.... Pokok pangkalnya bila kita ikhlas bekerja InsyaAllah kita akan dapat kepuasan dalam kerja seharian....

Panjang pulak celoteh kali ni ye.... Harap2 sangat dapat selalu update blog ni.....

Ok sampai sini dulu

Wassalam.....