Salam semua....
Huhu.... nampak gayanya blog ni bukan je bersarang....agak2 kalau ada sarang burung, besar dah kot anak2 burung2 tu ek..... heheheh.... nak buat mcmana kan.....
Banyak perubahan dah berlaku sebenarnya..... tapi yang pastinya tetap individu yg sama.... cuma telahpun berubah angin & sekali lagi berhijrah ke tempat asal.... Bandar Baru Bangi tercintaaaa!
Alhamdulillah sbnrnya hampir sethn dah kami berpindah ke sini.... kerja di lokasi berbeza berbanding semasa berada di kelantan dahulu.... kalau dulu banyak kerja2 luar tapi kini lokasi kerja berlatar belakangkan Hospital Serdang yang sentiasa penuh sesak dengan pesakit2 yang mendambakan rawatan2 para doktor yang berkaliber.... serta mendapatkan ubat -ubatan yang bersesuaian dengan penyakit dihidapi mereka. Tak dinafikan agak kepenatan melayan kerenah para pesakit namun hati tetap berasa puas setiap kali penerangan yang diberikan kepada mereka dapat difahami sebaik mungkin.... Belum lagi ditambah dengan kerja2 malam & hujung minggu yang menghimpit kehidupan seharian.... Pokok pangkalnya bila kita ikhlas bekerja InsyaAllah kita akan dapat kepuasan dalam kerja seharian....
Panjang pulak celoteh kali ni ye.... Harap2 sangat dapat selalu update blog ni.....
Ok sampai sini dulu
Wassalam.....
